Anugerah dan pengiktirafan Nasimuddin_Amin

Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, SM Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.[3]